Alamak Toyol~



Filem terbaru keluaran Metrowealth Pictures arahan Ismail Bob Hasim yang popular dengan filem Ngankung dan kini muncul semula dengan filem terbarunya yang bakal Box Office di pawagam pada 3 November 2011 nanti!

Serius filem Alamak Toyol memang superb best! Lawak ketawanya buatkan hati nak tergelak. Filem terbaru Alamak Toyol arahan Ismail Bob Hasim merupakan filem Komedi yang dibintangi pelakon terkenal Along Raja Lawak (sebagai Kudin), Angah Raja Lawak (sebagai Fakhrul) mereka berdua sebagai perompak! Nama sahaja perompak tapi agak failed bila merompak.

Saksikan gelagat lucu Afiq Izzudin (sebagai Toyol) dalam filem Alamak Toyol, confirm korang tergelak gila lakonan adik Afiq Izzudin ni sebab adik Afiq Izzudin ni memang popular dengan cerita Geng Bas Sekolah dekat channel Astro Ceria 611, aksi lakonan sengal dia memang tak boleh blah! Tak lupa juga pelakon veteran Hamid Gurkha sememangnya kelakar!

Dalam filem Alamak Toyol, Afiq Izzudin memegang watak sebagai Toyol yang sengal dan tak pandai mencuri. Hah?! Selalunya bila kita dengar toyol memang pro bab mencuri ni! Kelakarkan bila dengar seekor toyol tak pandai mencuri?

Bagi adik Afiq ini pelakon filem Alamak Toyol, kekuatan filem ini sangat lain dari yang lain. Kata Afiq “ lainnya adalah kalau sebelum ni kita tengok toyol yang mencuri tapi dalam filem ini manusia pula yang mengajar toyol mencuri.”

Sinopsis Alamak Toyol


Kisah bermula dengan Pak Umar yang pergi berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan toyol atas niat untuk cepat kaya. Bomoh itu mempunyai banyak koleksi toyol dan setiap toyol mempunyai harga masing-masing. Oleh kerana tidak mampu, Pak Umar mengambil toyol yang paling murah. Setelah mengambil toyol dari bomoh, bomoh tersebut mengecop barcode di dada kiri Pak Umar. Pada waktu yang sama, Fakhrul dan Kudin yang juga merupakan sahabat baik juga memikirkan jalan untuk mendapatkan duit. Hampir setiap hari mereka mencuba kaedah baru untuk merompak namun semuanya gagal.

Sehinggalah pada suatu hari, Fakhrul dan Kudin mahu merompak Pak Umar namun Pak Umar tiada duit untuk diberikan pada mereka. Pak Umar bercadang mahu memberi toyol tersebut pada Fakhrul dan Kudin. Pada mulanya Fakhrul dan Kudin menolak toyol itu. Namun lama-kelamaan mereka sanggup untuk menerima toyol itu daripada Pak Umar.

Toyol beralih arah dan barcode di dada kiri Pak Umar hilang serta-merta dan timbul barcode di dada kiri Fakhrul dan Kudin. Sejak hari itu, bermulalah kisah Fakhrul dan Kudin yang mahu jadi cepat kaya. Malangnya nasib mereka apabila toyol yang diambil dari Pak Umar itu tidak pandai mencuri. Fakhrul dan Kudin terpaksa mengajar teori dan praktikal kepada toyol tersebut untuk mencuri.

Di satu tempat yang lain, Farah yang selama ini setia bekerja dengan Daniel akhirnya mengetahui rupa-rupanya selama ini Daniel menjalankan perniagaan haram iaitu dengan menyeludup dadah. Farah yang mengetahui hal ini telah membuat laporan polis namun pihak polis tidak berjumpa sebarang bukti.

Daniel berdendam dengan Farah dan berniat mahu menghapuskan Farah. Suatu malam yang dingin, oleh kerana banyak kali gagal dalam mencuri, Fakhrul dan Kudin berniat untuk mengembalikan toyol pada Pak Umar kembali. Toyol dengan wajah sedih meminta satu lagi peluang dari Fakhrul dan Kudin. Toyol telah masuk untuk merompak rumah Farah dan di sini menjadi titik permulaan pertemuan antara Fakhrul, Kudin dan Farah. Fakhrul dan Kudin terpaksa menolong Farah untuk membongkarkan rahsia Daniel dalam masa yang sama mereka terpaksa mencari Pak Umar untuk mengembalikan toyol tersebut.

layan lar trailer filem ini..

THANKS SUDI BACA ENTRY INI..

0 Penulis Hebad:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...