Cintaku di SSA ep 1

"Yeahh, Selangor boleh punya lah...woo," teriak Ana yang memegang mafla Selangor pasukan kesukaannya sejak dari kecil.

Di sebelahnya, rakan baiknya sejak dari sekolah rendah iaitu Haris yang sentiasa menemani Ana untuk turut menyokong pasukan kesukaan mereka di SSA itu. Haris sedang mencapai penutup botol mineral lalu diberikan kepada Ana. Akan tetapi, Ana menolak dengan lembut.

"Sudah lah kau. Minum lah sedikit air ni. Biar tak kering tekak kau nanti.," pelawa Haris kepada Ana. Dia melihat rakannya itu tidak meneguk setitis air apabila mereka sampai di SSA itu.

"Ahh, nanti saja lah. Aku masih tidak dahaga lagi. Kau mahu kau minum je.," sapa Ana kepada Haris. Mereka sering berkongsi air atas dasar sudah terbiasa.

Mereka lebih gemar berkongsikan sesuatu benda kerana mereka mempunyai minat yang sama. "Eh Haris cuba kau lihat di hujung sana.. Bukankah itu anak pak Yus yang dikhabarkan sudah bertunang? Tapi kenapa tunangnya orang lain?," Ana sedang berusaha memejam mata untuk melihat muka wanita itu.

"Eh kau ni tenok, sibuk je dengan urusan orang lain. Urusan kita ni macam mana?," marah Haris kepada Ana.

"Apa kau.. Gedik kau datang dekat sini pula ye. Aku cuma nak pastikan je siapa girl yang dengan anak pak Yus tu. Maklumlah anak pak Yus tu kan sudah dua kali bertunang tetapi dia yang buat hal sebelum kawin tu yang putus.," kata Ana kepada Haris.

BERSAMBUNG..


THANKS SUDI BACA ENTRY INI..

0 Penulis Hebad:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...