Salad Sayur

Cara2 nak menyediakan salad sayur ni
tersangat la mudah.. Mula2 sekali..kita
sediakan sayur2nya...
# Dua biji kentang dikupas dan dipotong
dadu
# Dua biji cili benggala (sebiji warna
merah dan hijau)
#  Sayur brokoli hijau dan
putih ...potong2kan supaya saiznya mudah
untuk dimasukkan ke dalam mulut
# Lobak merah yang dihiris panjang2
(jangan terlalu nipis)
# Beberapa helai salad buah / iceberg salad
(dipotong sederhana nipis)
dan jangan lupa sediakan juga bahan
untuk sos salad..
# Sos mayonis putih (yang biasa) dan
mayonis Thousand island..
Kaedahnya...
1. Mula2..kita rebus secara berasingan
kentang, sayur brokoli dan lobak merah..
2. Untuk mengekalkan kerangupan sayur
semasa dimakan.. selepas rebus.. terus
masukkan sayur ke dalam air yang berisi
ais.. Kemudian toskan...
3. Sayur salad dan cili yang telah dibasuh..
hendaklah ditoskan sepenenuhnya sehingga
kering sebab kalau tak kering betul2 nanti
akan menghasilkan air selepas digaul
dengan mayonos.
4. Setelah semua sayur kering dan
dipotong.. masukkan semua sayur ke
dalam sebuah bekas yang besar (tujuannya
supaya mudah digaul nanti)
5. Masukkan sedikit kedua2 jenis mayonis
dan gaul rata2. Kalau rasa kureng..
tambahkan lagi mayonis tu..
6. Kalau nak rasa masam lagi..boleh
tambahkan sedikit perahan jus oren atau
jus lemon. Kalau tak de..jus limau nipis
pun boleh..Pastu jangan lupa gaul ok..
7. Kemudian masukkan dalam peti sejuk
sebelum makan. Makan waktu sejuk2 lagi
sodap...hehehe

ihsan:Zawani Amirah


THANKS SUDI BACA ENTRY INI..

0 Penulis Hebad:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...